Wikipedia:Menghapuskan laman

Dalam operasi biasa Wikipedia, beberapa laman akan dipadamkan setiap hari. Walaupun sebarang pengguna boleh mengosongkan laman, kandungan asal masih tersimpan di dalam sejarah laman untuk dilihat dan dipulihkan oleh orang lain jika mereka mahu. Apabila laman dipadamkan, ini menghapuskan bukan sahaja versi semasa tetapi juga semua versi sebelumnya.

Hanya penyelia mempunyai kebolehan untuk memadam dan memulihkan laman dalam sistem. Dengan sistem pemadaman sekarang, penyelia perlu menggunakan pertimbangan terbaik untuk membuat keputusan ini. Anda boleh bergantung kepada penyelia (atau sysop) untuk mematuhi proses terperinci di bawah untuk membantu mereka dalam membuat pertimbangan mereka.

Laman yang dipadamkan boleh dipulihkan oleh penyelia, jika dan hanya jika terdapat sokongan pada undi untuk pulih laman. Jika proses padam dibuat terlalu mudah, ia mudah hilang punca. Oleh itu keputusan untuk memadamkan laman secara kekal tidak dibuat dengan mudah, dan proses pemadaman diikuti. Lihat Polisi pulih untuk panduan pulih padam.

Jika sesuatu laman dicipta banyak kali walaupun selepas dihapuskan, ia mungkin bermakna rencana tersebut memang perlu. Tetapi sekiranya sesuatu laman itu sentiasa dicalonkan untuk dipadamkan, ia bukan bermakna rencana tersebut tidak perlu, mungkin cuma perlu dibaikpulih.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search