![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Green_check.svg/30px-Green_check.svg.png) | Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. | |
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/ce/Nutshell.png) | Mesej laman ini secara ringkas: Baiki laman pada mana-mana sahaja, dan jangan risau tentang kesempurnaan. |
Wikipedia ialah hasil beribu-ribu sumbangan penyunting, masing-masingnya membawa pelbagai benda, sama ada: kebolehan membuat penyelidikan, keterampilan teknikal, kebolehan mengarang ataupun cebisan maklumat; yang paling penting adalah kesanggupan untuk membantu. Rencana terbaik pun tidak seharusnya dianggap sebagai kerja yang sudah selesai, kerana setiap penyunting dapat memberikan idea-idea dan pandangan-pandapan baru tentang bagaimana mahu meningkatkan mutu kandungan rencana pada bila-bila masa.