Wikipedia:Senarai dasar

Laman ini menyenaraikan dasar yang ada dan berkuatkuasa di Wikipedia bahasa Melayu.. Dasar-dasar mendapat terimaan umum dari penyunting dan disifatkan sebagai piawaian yang mesti diikuti. Apabila menyunting laman ini, sila pastikan suntingan anda konsisten dengan dasar-dasar yang menjadi tulang belakang pentadbiran. Jika musykil, bincangkan terlebih dahulu di laman perbincangan.

Lihat Wikipedia:Dasar dan garis panduan untuk penerangan am mengenai apa itu dasar, bagaimana ia dibentuk serta mengapa kami mempunyainya. Anda juga boleh mengakses kesemua dasar di Kategori:Polisi rasmi Wikipedia.

NOTA PENTING: Dasar-dasar yang tersenarai di sini akan dianggap berkuatkuasa. Sebahagian dasar-dasar lain yang tidak tersenarai disini masih dianggap berkuatkuasa, sekiranya dan selagi ia diluluskan untuk dikuatkuasakan. Sebilangan dasar-dasar lain yang dibenarkan/dianjurkan oleh komuniti Wikipedia bahasa Melayu untuk dipraktikkan, sepertimana yang dimaksudkan oleh Wikipedia:Polisi lanjutan juga dianggap perlu dikuatkuasakan mengikut nilai-nilai norma dan tatacara Wikipedia bahasa Melayu. (Sah untuk dipraktikkan pada 2 Ogos 2024).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search