Wilayah tanggungan mahkota

Wilayah Tanggungan Mahkota
ولايه تڠڬوڠن مهكوتا
Bendera Wilayah Tanggungan Mahkota ولايه تڠڬوڠن مهكوتا
Lokasi wilayah tanggungan mahkota (merah) dan United Kingdom (kelabu tua)
Lokasi wilayah tanggungan mahkota (merah) dan United Kingdom (kelabu tua)
(penempatan terbesar)Saint Peter Port, Saint Helier, Douglas
Bahasa rasmiInggeris
Wilayah
Pemimpin
• King
Rosmawe
Keluasan
• Jumlah
768.2 km2 (296.6 bt2)
Format tarikhhh/bb/tttt (AD)

Wilayah tanggungan mahkota (Bahasa Inggeris: Crown dependencies) ialah bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain yang merupakan milikan pemerintahan sendiri Mahkota. Wilayah tersebut tidak membentuk sebahagian daripada United Kingdom dan wilayah luar negeri.[1][2] Secara antarabangsanya, wilayah tanggungan itu dianggap "wilayah di mana United Kingdom bertanggungjawab", berbanding sebagai negara berdaulat.[3] Hasilnya, mereka bukanlah negara anggota bagi pertubuhan Negara-negara Komanwel.[4] Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hubungan dengan Komanwel, Kesatuan Eropah (walaupun bukan sebahagian daripadanya tetapi berada di dalam kawasan kastam EU) dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain, serta sebahagian daripada anggota di dalam Majlis British–Ireland. Wilayah tanggungan tersebut juga memiliki pasukan sukan sendiri di dalam Sukan Komanwel.

Disebabkan wilayah tanggungan mahkota bukanlah negara-negara berdaulat, bidang kuasa perundangan yang memberi kesan kepada pulau-pulau itu berada di bawah kerajaan United Kingdom. Walaupun wilayah tersebut mempunyai dewan undangan yang tersendiri, dengan kuasa untuk menggubal undang-undang bagi hal ehwal tempatan dengan perkenan Mahkota (Majlis Privi, atau dalam kes Pulau Man bagi sesetengah keadaan Leftenan Gabenor).[5] Dalam setiap kes, ketua kerajaan disebut sebagai Ketua Menteri.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama aa
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Briefing2
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama International recognition
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama justice.gov.uk
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ab

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search