Wilhelmus

Wilhelmus
Sebuah manuskrip awal Wilhelmus tahun 1617[1]

anthem  Belanda
Liriktidak diketahui
MuzikAdrianus Valerius, 1574
Diguna pakai1932
1954 (Antillen Belanda)
Dilepaskan1964 (Antillen Belanda)
Sampel audio
Wilhelmus (organ dan choir)

Het Wilhelmus [hét vil-hél-mus; "Sang Wilhelm"] atau Wilhelmus van Nassouwe ("Wilhelmus dari kerabat Nassau") ialah lagu kebangsaan Belanda. Ia merupakan lagu kebangsaan dengan gubahan lagu tertua di dunia. Irama lagu tersebut dapat dikenalpasti digubah seawal 1572.[2]

Seni kata lagu ini pula pada asalnya dinukilkan sebagai sebuah sajak oleh Marnix van St. Aldegonde antara 1568 dan 1572 yang menceritakan pengalaman William sang Pendiam (dari sudut pandang beliau) dan perjuangannya memerdekakan Negeri-Negeri Pamah daripada pengaruh pemerintahan Habsburg Sepanyol semasa meletusnya Perang Lapan Puluh Tahun. Sajak ini kemudiannya ditambahkan iramanya oleh seorang penyajak bernama Adriaan Valerius pada tahun 1626 menggunakan sebuah lagu tentera Perancis yang lama bernama "Autre chanson de la ville de Chartres assiégée par le prince de Condé"[3]. Lagu ini disytiharkan secara rasmi kegunaannya sebagai lagu kebangsaan Belanda pada 10 Mei 1932.

Lagu ini turut digunakan di kawasan Nusantara dijajah Belanda sehingga adanya terjemahan bahasa Melayu untuk memudahkan ia dinyanyikan orang jelata jajahan pada ketika itu.

  1. ^ M. de Bruin, "Het Wilhelmus tijdens de Republiek", in: L.P. Grijp (ed.), Nationale hymnen. Het Wilhelmus en zijn buren. Volkskundig bulletin 24 (1998), p. 16-42, 199–200; esp. p. 28 n. 65.
  2. ^ "Facts About National Anthems". www.national-anthems.org. The words of the Japanese anthem Kimigayo date from the 9th century.
  3. ^ https://www.youtube.com/watch?v=sgECAmtABEM

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search