William, Putera Wales

Putera William
Putera Wales (lagi)
Foto Putera William berumur 39 tahun
William pada 2021
KeputeraanWilliam Arthur Philip Louis Mountbatten-Windsor[fn 1]
(1982-06-21) 21 Jun 1982 (umur 42)
Hospital St Mary, London, England
PasanganCatherine Middleton (k. 2011)
Anakanda
KerabatWindsor
AyahandaCharles III
BondaDiana Spencer
Pendidikan
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanAngkatan Tentera British
Perkhidmatan aktif2006–2013
PangkatLihat senarai
UnitBlues and Royals
HMS Iron Duke
Angkatan Mencari dan Menyelamat RAF

William, Putera Wales[3][4] KG KT PC ADC (William Arthur Philip Louis Mountbatten-Windsor; diputerakan 21 Jun 1982) ialah ahli kanan keluarga diraja British dan pewaris takhta British. Baginda ialah anakanda sulung kepada Raja Charles III dan Diana, Puteri Wales.

Diputerakan di Hospital St Mary, London, William mendapat pendidikan di Wetherby School, Ludgrove School, dan Eton College. Baginda menghabiskan sebahagian daripada tahun jurang baginda di Belize dan Chile sebelum memperoleh ijazah Sarjana Sastera Scotland dalam geografi di Universiti St Andrews. William kemudian menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst sebelum berkhidmat dengan Blues dan Royals. Baginda menamatkan pengajian dari Kolej Tentera Udara Diraja Cranwell pada April 2008 dan menyertai Angkatan Mencari dan Menyelamat RAF pada awal 2009. Baginda berkhidmat sebagai juruterbang sepenuh masa dengan Ambulans Udara Anglian Timur dari Julai 2015 selama dua tahun.

Putera menjalankan tugas rasmi dan libat urus bagi pihak Raja.[5] Baginda memegang naungan dengan lebih 30 organisasi amal dan ketenteraan, termasuk Tusk Trust, Centrepoint, dan Badan Amal Ambulans Udara London. Baginda menjalankan projek melalui Yayasan Diraja, dengan kerja amal baginda berkisar tentang kesihatan mental, pemuliharaan dan pekerja kecemasan. Pada Disember 2014, baginda mengasaskan inisiatif "Bersatu untuk Hidupan Liar", yang bertujuan untuk mengurangkan perdagangan hidupan liar haram di seluruh dunia. Pada April 2016, William dan isteri baginda termasuk Putera Harry telah memulakan kempen kesedaran kesihatan mental "Heads Together" untuk menggalakkan orang ramai terbuka tentang isu kesihatan mental mereka. Pada Oktober 2020, William mencemar duli melancarkan Earthshot Prize, inisiatif £50 juta untuk memberi insentif kepada penyelesaian alam sekitar sepanjang dekad akan datang.

Pada 2011, William menjadi Duke Cambridge sebelum perkahwinan baginda dengan Catherine Middleton. William menjadi Duke Rothesay dan Duke Cornwall susulan ayahanda baginda, Charles III, menaiki takhta pada 8 September 2022. Keesokan harinya, William dilantik menjadi Putera Wales dan Earl Chester, gelaran yang dikhaskan untuk pewaris seorang raja yang sedang memerintah. Catherine pula dijadikan Puteri Wales.[6] Pasangan itu mempunyai tiga anak: Putera George, Puteri Charlotte, dan Putera Louis.

  1. ^ Lichfield, John (19 September 2012). "William and Kate win legal battle – but lose war to keep topless photos under wraps". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2014. Dicapai pada 11 January 2015.
  2. ^ "Duke of Cambridge to deploy to Falklands". Ministry of Defence. 10 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2013. Dicapai pada 11 November 2011.
  3. ^ Hughes, David (8 September 2022). "Will Prince William become Prince of Wales? How royal titles have changed after the death of the Queen". i (newspaper). London. Dicapai pada 8 September 2022.
  4. ^ Elston, Laura (8 September 2022). "How the royal family's titles have now changed after the death of the Queen". The Independent. London. Dicapai pada 8 September 2022.
  5. ^ "The Duke of Cambridge". The Royal Family. 5 Februari 2016. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  6. ^ "King Charles names William and Kate the Prince and Princess of Wales". Reuters. 9 September 2022.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "fn", tetapi tiada tag <references group="fn"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search