Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong
Malaysia
يڠ دڤرتوان اݢوڠ
Jata Rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Bendera Rasmi Peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Penyandang
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 31 Januari 2024
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana Negara
Dilantik olehMajlis Raja-Raja
Tempoh jawatan5 tahun
Penjawat sulungTuanku Abdul Rahman
Dibentuk31 Ogos 1957 (1957-08-31)
Nama tidak rasmiRaja Malaysia
Timbalan/naibSultan Nazrin Muizzuddin Shah
GajiRM1,054,560.00 setahun
Akta Peruntukan DiRaja 1982 [Akta 269] [1]
Tapak webwww.istananegara.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertuan Agong (YDPA, Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) atau lebih penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia, di mana negara ini yang mengamalkan pemerintahan beraja dilantik yang menonjol daripada beberapa bentuk monarki lain di dunia. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar dari kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7; ketika itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya.

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa pelaksana, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.[2]

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat bersama Baginda dan seseorang itu tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen.[3] Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya.[4]

Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024 [5] berikutan Al-Sultan Abdullah dari Pahang Tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kekal sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

  1. ^ "Act 269 - Civil List Act 1982" (PDF). Attoney-General Chamber. AGC Malaysia. Dicapai pada 23 January 2019.
  2. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-10.
  3. ^ "Powers of the king". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2013-12-19.
  4. ^ "Constitutional Crisis, Crisis of 1983". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-16. Dicapai pada 2013-12-19.
  5. ^ "Sultan Johor dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17". Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2023. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search