Yoga

Patung betara Shiva bersila yang lazim dalam amalan yoga di Bengaluru, India.
Maharishi Patanjali digambarkan sebagai kelahiran semula Adisesha.

Yoga (Sanskrit: योग yóga, IPA: [joːgə]) ialah disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan antara enam fahaman ortodoks (āstika) dalam falsafah India.[1] Terdapat pelbagai fahaman, amalan dan matlamat Yoga dalam agama-agama Hindu, Buddha, dan Jain.[2][3][4]

Antara jenis Yoga yang popular ialah Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga, dan Hatha Yoga.[5][6][7][8] Raja Yoga yang disusun dalam Yogasutras oleh Patanjali ialah antara falsafah Hindu disamping Vedanta dan Samkhya.[9] Banyak lagi kitab Hindu yang membincangkan aspek-aspek Yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.

Secara tradisi, amalan Yoga adalah lebih purba daripada kitab-kitab Veda. Golongan intelektual Barat mula menunjuk minat dalam Yoga pada kurun ke-19. Pada asalnya, para pemikir Eropah dan Amerika lebih cendurung dengan aspek falsafah Yoga.[10] Yoga sebagai suatu aktiviti senaman menarik minat masyarakat Barat secara umumnya dalam kurun ke-20 and ke-21.

Perkembangan Yoga di Barat dipelopori oleh Swami Vivekananda di Amerika Syarikat pada 1893. Namun, Vivekananda hanya menumpukan Yoga sebagai aliran falsafah dan pemikiran. Guru-guru Yoga terkemudian dan imigran India ke Amerika mengajar aliran yoga fizikal.[11] Kegiatan ini turut dimasyhurkan semasa berkembangnya budaya tentangan Hippie pada tahun 1960-an.[11] Kini, perkembangan dan amalan Yoga di Barat lebih tertumpu pada aktiviti fizikal semata-mata dengan menyingkirkan unsur-unsur kerohanian.[12]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan tarikh 21 Jun sebagai "Hari Yoga Antarabangsa"[13][14][15] disambut setiap tahun di India dan di seluruh dunia sejak tahun 2015.[16][17] Pada 1 Disember 2016, UNESCO telah menyenaraikan Yoga sebagai warisan budaya tidak ketara.[18]

  1. ^ "Yoga ada lima maksud utama: 1) yoga sebagai kaedah berdisiplin untuk mencapai tujuan; 2) yoga sebagai teknik menguasai badan dan minda; 3) yoga merupakan nama salah satu fahaman atau sistem falsafah (darśana); 4) yoga yang bergabung dengan kata-kata lain seperti hatha-, mantra-, dan laya-, memaksudkan tradisi-tradisi khusus dalam teknik-teknik yoga tertentu; 5) yoga sebagai matlamat amalan yoga." Jacobsen, p. 4.
  2. ^ Denise Lardner Carmody, John Carmody (1996), Serene Compassion. Oxford University Press US. p. 68.
  3. ^ Stuart Ray Sarbacker, Samādhi: The Numinous and Cessative in Indo-Tibetan Yoga. SUNY Press, 2005, pp. 1–2.
  4. ^ Tattvarthasutra [6.1], see Manu Doshi (2007) Translation of Tattvarthasutra, Ahmedabad: Shrut Ratnakar p. 102
  5. ^ Master Murugan, Chillayah (20 October 2012). "Yoga sebagai senaman, kesihatan dan kehidupan". Silambam. Dicapai pada 31 May 2013.
  6. ^ Pandit Usharbudh Arya (1985). The philosophy of hatha yoga. Himalayan Institute Press; 2nd ed.
  7. ^ Sri Swami Rama (2008) The royal path: Practical lessons on yoga. Himalayan Institute Press; New Ed edition.
  8. ^ Swami Prabhavananda (Translator), Christopher Isherwood (Translator), Patanjali (Author). (1996). Vedanta Press; How to know god: The yoga aphorisms of Patanjali. New Ed edition.
  9. ^ Jacobsen, p. 4.
  10. ^ https://yogainternational.com/article/view/why-we-practice-a-short-history-of-yoga-in-the-west
  11. ^ a b "Yoga Landed in the U.S. Way Earlier Than You'd Think—And Fitness Was Not the Point". HISTORY. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  12. ^ Burley, Mikel (2000). Hatha Yoga: Its Context, Theory and Practice. Delhi: Motilal Banarsidass. m/s. 1–2. ISBN 978-8120817067.
  13. ^ "United Nations Information Centre for India and Bhutan". www.unic.org.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2016.
  14. ^ Rajghatta, Chidanand (28 September 2014). "Narendra Modi calls for International Yoga Day". The Times of India.
  15. ^ "UN declares June 21 as 'International Day of Yoga'". The Times of India.
  16. ^ "Massive turnout on International Day of Yoga in India". 21 Jun 2015. Unknown parameter |publsiher= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  17. ^ "PM Modi Leads Yoga Session, India Sets Guinness Records: 10 Developments". NDTV. Dicapai pada 21 Jun 2015.
  18. ^ "Yoga joins Unesco world heritage list". The Guardian. 1 Disember 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search