Yusuf al-Qaradawi

GelaranSyeikh Dr.
NamaYusuf 'Abdullah al-Qaradawi
يوسف عبد الله القرضاوي
Lahir(1926-09-09)9 September 1926
Mesir
Wafat26 September 2022(2022-09-26) (umur 96)
Doha, Qatar
ZamanModen
WilayahMesir
AkidahSunni
Karya yang popularFiqh az Zakat, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al Jihad dan lain-lain
Alma materUniversiti al-Azhar
dipengaruhi oleh
Mempengaruhi

Al-Allamah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (Arab: يوسف القرضاوي, rumi: Yūsuf al-Qaraḍāwī; 9 September 1926 – 26 September 2022)[1] ialah seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau ialah pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa hingga 2018.[2] Beliau terpengaruh dengan jalur pemikiran daripada Ibn Taimiah, Ibn Qayyim,[3] Sayyid Rashid Rida,[4][5] Hassan al-Banna, Abul Hasan Ali Hasani Nadwi,[6] Abul A'la Maududi dan Naeem Siddiqui.[7] Beliau terkenal dengan rancangannya "Syariah dan Kehidupan" (Arab: الشريعة والحياة, rumi: al-Sharīʿa wa al-Ḥayāh, yang disiarkan di Al Jazeera, yang mana anggaran penontonnya sekitar 40–60 juta orang seluruh dunia.[8][9][10] Beliau juga dikenali dengan IslamOnline, sebuah laman web yang beliau bantu tubuhkan sekitar tahun 1997 dan menjadi ketua ilmuwan Islam.

Al-Qaradawi mengarang lebih daripada 120 buah buku,[9] termasuk Halal dan Haram di dalam Islam dan Islam: Ketamadunan Masa Depan. Beliau turut menerima pelbagai anugerah dan hadiah antarabangsa bagi sumbangan beliau dalam keilmuan Islam,[11] dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya.[8][12][13] Al-Qaradawi pernah mempunyai peranan dalam kepimpinan intelektual bagi Ikhwan Muslimin,[14] sebuah pertubuhan Islamis di Mesir, walaupun beliau berulang kali menyatakan beliau bukan lagi anggota pertubuhan tersebut[15] dan dua kali (pada 1976 dan 2004) menolak tawaran bagi memegang jawatan dalam pertubuhan tersebut.[8][16]

Al-Qaradawi kadang kala digambarkan sebagai seorang pejuang Islam sederhana (Islamis yang wasati).[17] Beberapa pandangan beliau, seperti perestuan beliau terhadap pengeboman berani mati warga Palestin menentang Israel, menyebabkan pelbagai maklum balas beberapa kerajaan dari Barat:[18] visa beliau ke United Kingdom telah ditarik balik pada 2008,[19] dan dihalang daripada memasuki Perancis pada 2012.[20]

  1. ^ Polka, Sagi (2019). Shaykh Yusuf al-Qaradawi: Spiritual Mentor of Wasati Salafism. Syracuse University Press. m/s. 2. ISBN 9780815654803.
  2. ^ AFP (news agency) (11 May 2014). "Qatar-based cleric calls for Egypt vote boycott". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2014.
  3. ^ Shaham, Ron (2018). Rethinking Islamic Legal Modernism: The Teaching of Yusuf al-Qaradawi. Boston: Brill Publishers. m/s. 5, 57. ISBN 978-90-04-36899-6.
  4. ^ Shaham, Ron (2018). Rethinking Islamic Legal Modernism: The Teaching of Yusuf al-Qaradawi. Boston: Brill Publishers. m/s. 5. ISBN 978-90-04-36899-6.
  5. ^ al-Qaradawi, Yusuf (1992). Priorities of The Islamic Movement in The Coming Phase. Awakening Publications. m/s. 60. ISBN 0953758214.
  6. ^ القرضاوي, يوسف. الشيخ أبو الحسن الندوي كما عرفته الدكتور.
  7. ^ Al-Qaradawi, Yusuf (2002). Ibn al-Qarya wa-l-Kuttab: Malamih Sira wa-Masira, Vol. 1. Dar al-Shorouq. p. 245
  8. ^ a b c No.9 Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars – "The 500 most influential Muslims in the world 2009", Prof John Esposito and Prof Ibrahim Kalin – Edmund A. Walsh School of Foreign Service, Georgetown University
  9. ^ a b Smoltczyk, Alexander (15 February 2011). "Islam's Spiritual 'Dear Abby': The Voice of Egypt's Muslim Brotherhood". Der Spiegel. Dicapai pada 11 July 2014.
  10. ^ No.31 Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars, dicapai pada 4 July 2017
  11. ^ "Qaradawi Wins Hijra Award" Diarkibkan 16 Februari 2011 di Wayback Machine ION, 15 December 2009
  12. ^ Product Description: The Global Mufti: The Phenomenon of Yusuf Al-Qaradawi (Paperback)by Bettina Graf (Author, Editor), Jakob Skovgaard-Petersen (Editor) C Hurst & Co Publishers Ltd (20 July 2009). ASIN 1850659397.
  13. ^ Raymond William Baker, Islam Without Fear: Egypt and the New Islamists (2003), p.4
  14. ^ Olivier Guitta (20 February 2006). "The Cartoon Jihad: The Muslim Brotherhood's project for dominating the West". The Weekly Standard. m/s. Volume 11, Issue 22.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AnaSoage
  16. ^ "Al-Qaradawi Turns Down Offer to Assume Leadership of the Muslim Brotherhood". Al Jazeera. 12 January 2004.
  17. ^ Halverson, Jeffry R. (24 May 2018). "Yusuf al-Qaradawi". Oxford Bibliographies. Dicapai pada 6 December 2020.
  18. ^ Controversial preacher with 'star status' BBC article, by agdi Abdelhadi on 7 July 2004
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC 2008-02-07
  20. ^ "France bars Muslim clerics from entering France". CBS News. 29 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2012. Dicapai pada 29 March 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search