Zeus

Zeus
Tugu marmar Jupiter de Smyrne s. pertengahan abad ke-2 M, ditemui di Smyrna pada 1680, kini dalam pameran Muzium Louvre [1]
Tugu marmar Jupiter de Smyrne s. pertengahan abad ke-2 M, ditemui di Smyrna pada 1680, kini dalam pameran Muzium Louvre [1]
Raja para dewa
Dewa Langit, Kilat, Guruh, Undang-Undang, Ketertiban dan Keadilan
KediamanGunung Olympus
Simbolpetir, burung helang, lembu and pokok oak
PasanganHera
Ibu bapaKronos dan Rea
Adik beradikPoseidon, Hades, Demeter, Hestia, Hera
Anak-anakAres, Athena, Apollo, Artemis, Aphrodite, Dionysos, Hebe, Hermes, Herakles, Helen, Hephaestus, Perseus, Minos, Muse, Persephone, Enyo, Eris, Rhadamanthus
Persamaan RomJupiter

Zeus (disebut /ˈz(j)uːs/; bahasa Yunani Purba: Ζεύς; bahasa Yunani Moden: Δίας) adalah raja segala dewa-dewi, penguasa Gunung Olympus dan dewa langit, cuaca, raja-raja, undang-undang, hujan, langit kayangan, kilat dan guruh dalam kepercayaan masyarakat Yunani Purba. Kedudukan dewa ini setara kedudukan Jupiter dalam mitologi Rom dan Indera dalam mitologi Hindu; dia dilambangkan petir, helang, lembu, dan pokok oak. Di samping warisan Indo-Eropah, klasik "awan-pemungut" juga berasal dari ikonografi ciri tertentu daripada budaya di Timur Purba, seperti cogan alam. Zeus sering digambarkan oleh seniman Yunani sama ada berdiri, berjalan ke depan, melontarkan petir searas apabila mengangkat tangan kanan, atau duduk bersemayam.

Dewa ini diceritakan anak bongsu Kronos dan Rea. Dalam kebanyakan tradisi, beliau berkahwin dengan Hera, meskipun ketika ramalan Dodona, isterinya adalah Dione: mengikut Illiad, dia adalah ayah Aphrodite bersama Dione. Dia dikenali kerana kenakalan yang erotik. Kerana itu dia menghasilkan banyak keturunan yang hebat dan berani, termasuk Athena, Apollo dan Artemis, Hermes, Persephone (bersama Demeter), Dionysus, Perseus, Heracles, Helen, Minos, dan Muse (bersama Mnemosyne); bersama Hera, dia biasanya adalah ayah Ares, Hebe dan Hephaestus.[2]

  1. ^ Tugu ini dipersembahkan kepada Raja Louis XIV as Aesculapius tetapi diolah sebagai Zeus s. 1686 oleh Pierre Granier yang menambahkan senjata petir pada tugu ini. (official on-line catalog)
  2. ^ Hamilton, Edith (1942). Mythology (ed. 1998). New York: Back Bay Books. m/s. 467. ISBN 978-0-316-34114-1. Check date values in: |accessdate= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search