Zujajat al-Masabih

Zujajat al-Masabih (Melayu: zujajah al-masabih, lit.'geluk kaca lampu') ialah sebuah himpunan ringkasan Hadis yang menyokong pengajian Islam ahli sunah waljamaah bagi mazhab Hanafi. Kitab ini menghimpunkan sehingga lima jilid dan mengandungi 6634 buah hadis[1]. Ia dikarang oleh Hazrat Abdullah Shah Naqshbandi, ulama dari Hyderabad, India[2]. Kitab ini mula diterbitkan pada 1960.

Kitab ini dikarang bermodelkan gaya dan cara penulisan Al-Tabrizi bagi kitab Misykat al-Masabih. Kitab Misykat cenderung ke arah mazhab Syafii, manakala Naqshbandi menghasilkan Zujajat sebagai himpunan dalil-dalil bagi mazhab Hanafi.

Kitab ini diterjemahkan ke bahasa Urdu dengan syarahan oleh Maulana Mohammed Muneeruddin, bekas Khatib Masjid Makkah dan Mohammed Abdus Sattar Khan Naqshbandi, bekas Ketua Jabatan Bahasa Arab, Universiti Osmania, Hyderabad, India. Kemudian, para ulama dari Jamiah Nizamiyah mengambil alih kerja-kerja penterjemahan.[3]

  1. ^ https://www.waseemziyai.com/zujajtul-masabih.html
  2. ^ arbab, Munawar (2015). Sufi Saints of Indus Valley. Lulu press. m/s. 107. ISBN 9781329580886.
  3. ^ "Zujajat al Masabih, Vols 5, زجاجة المصابيح, أبي الحسنات السيد عبدالله الحيدرآبادي".

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search