Liberalisme

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.[1] Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, hak kebebasan rakyat, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,[2] pasaran bebas[2] dan ketelusan sistem pemerintahan.[3] Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat di sesebuah negara atau wilayah mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.[4]

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Pencerahan di dunia Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.[5]

Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat[6], yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah."[7]

  1. ^ A: "'Liberalism' is defined as a social ethic that advocates liberty, and equality in general." - Coady, C. A. J. Distributive Justice, A Companion to Contemporary Political Philosophy, editor: Goodin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995, m/s 440. B: "Liberty is not a means to a higher political end. It is itself the highest political end." - Lord Acton
  2. ^ a b Oxford Manifesto 1997
  3. ^ Bandingkan Oxford Manifesto Diarkibkan 2011-02-11 di Wayback Machine 1947 oleh Liberal International (Respect for the language, faith, laws and customs of national minorities), Oxford Manifesto 1997 (We believe that close cooperation among democratic societies through global and regional organizations, within the framework of international law, of respect for human rights, the rights of national and ethnic minorities, and of a shared commitment to economic development worldwide, is the necessary foundation for world peace and for economic and environmental sustainability), ELDR Electoral programme 1994 (Protecting the rights of minorities flows naturally from liberal policy, which seeks to ensure equal opportunities for everyone) dan contohnya ucapan "I have a dream" Diarkibkan 2007-04-04 di Wayback Machine oleh Martin Luther King
  4. ^ Bandingkan Oxford Manifesto Diarkibkan 2011-02-11 di Wayback Machine dari Liberal International (These rights and conditions can be secured only by true democracy. True democracy is inseparable from political liberty and is based on the conscious, free and enlightened consent of the majority, expressed through a free and secret ballot, with due respect for the liberties and opinions of minorities)
  5. ^ Britannica Concise Encyclopedia: Liberalism
  6. ^ Paul E. Sigmund, editor, The Selected Political Writings of John Locke, Norton, 2003, ISBN 0-393-96451-5
  7. ^ Thomas Jefferson, Perisytiharan Kemerdekaan, 4 Julai 1776.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search