Komander

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Komander (Bahasa Perancis: Commandeur) ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Komander setara dengan Leftenan Kolonel Tentera Darat dan Leftenan Kolonel TUDM. Komander juga setaraf dengan Commander dalam kebanyakan tentera laut di dunia. Komander lebih kanan dari Leftenan Komander tetapi lebih muda (junior) dari Kepten.

Selain dari tentera laut, pangkat Komander juga adalah pangkat pegawai bagi tentera udara. Istilah Komander juga digunakan sebagai satu kedudukan atau gelaran dalam organisasi formal yang lain, termasuk beberapa pasukan polis.

Komander juga merupakan istilah generik bagi pegawai memerintah mana-mana unit tentera, sebagai contoh "komander platun", "komander briged" dan "komander skuadron". Dalam polis, istilah seperti "komander daerah" dan "komander insiden" digunakan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search