Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
اميريکا شريکت
Bendera Mohor Besar
Cogan kataIn God We Trust  (rasmi)
(Kepada Tuhan Kami Percaya)
E Pluribus Unum  (tradisional)
(Daripada banyak, satu)
Lagu kebangsaanThe Star-Spangled Banner

(Bintang yang melambai sepanduk)
Peta tanah besar Amerika Syarikat termasuk Alaska dan Hawaii
Peta tanah besar Amerika Syarikat termasuk Alaska dan Hawaii
Ibu negaraWashington, D.C.
38°53′N 77°01′W / 38.883°N 77.017°W / 38.883; -77.017
Bandar terbesarBandar Raya New York
40°43′N 74°00′W / 40.717°N 74.000°W / 40.717; -74.000
Bahasa rasmiInggeris (di peringkat persekutuan)[a]
Bahasa umum Bahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Bahasa Hawaii
Bahasa Sepanyol
Bahasa kebangsaanBahasa Inggeris
(de facto)[b]
Kumpulan etnik
(2016)
77.1% Putih
13.3% Kulit hitam
Agama
Kristian (70%)
Kristian Protestan (34%)
Kristian Katolik (23%)
Kristian lain (14%)
Tidak beragama (22%)
dan agama lain (6%)[1][2]
KerajaanRepublik berperlembagaan persekutuan
• Presiden
Joe Biden (D)
Kamala Harris (D)
Kevin McCarthy (R)
John Roberts
Badan perundanganKongres
Senat
Dewan Perwakilan
Kemerdekaan dari Kerajaan Great Britain
4 Julai 1776
• Diiktiraf
3 September 1783
21 Jun 1788
Keluasan
• Jumlah
9,826,675 km2 (3,794,100 bt2)[c] (ke-3/ke-4)
• Perairan (%)
6.76
Populasi
• Perkiraan 2019
328,239,523[3] (ke-3)
• Bancian Penduduk 2010
308,745,538[4] (ke-3)
85/sq mi (32.8/km2) (ke-179)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
AS$19.390 trillion[5] (ke-2)
AS$59,501[5] (ke-11)
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
AS$19.390 trillion[5] (ke-1)
AS$59,501[5] (ke-7)
Gini (2015)positive decrease 39.0[6]
sederhana
HDI (2015) 0.920[7]
sangat tinggi · ke-10
Mata wangDolar Amerika Syarikat ($)
(USD)
Zon waktu({{{time_zone}}})
• Musim panas (DST)
UTC−4 sampai −10
Format tarikhmm/dd/yyyy (AD)
Arah memanduKanan
Kod panggilan+1
Kod ISO 3166US
DPT internet.us .edu .mil .gov
 a. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di sekurang-kurangnya 28 negeri—terdapat sumber yang memberikan jumlah yang lebih besar kerana berbeza takrifan "rasmi".[8] Bahasa Inggeris dan bahasa Hawaii ialah bahasa rasmi di negeri Hawaii.

 b. Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kerajaan Amerika dan satu-satunya bahasa yang dituturkan oleh 80% warga AS yang berusia lima tahun ke atas. Bahasa Sepanyol ialah bahasa kedua terbesar.

 c. Masih dalam pertikaian adalah sama ada Amerika Syarikat atau Republik Rakyat China lebih besar. Perangkaan yang diberikan adalah dari World Factbook oleh CIA. Sumber lain memberikan perangkaan yang lebih kecil. Semua pengiraan saiz negara yang berwibawa hanya merangkumi 50 negeri dan Daerah Columbia, bukan wilayah tanggungan.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"

Amerika Syarikat (Mal., Sin., Bru., juga Amerika Serikat Ind., lihat penamaan - Jawi: اميريکا شريکت, bahasa Inggeris: United States of America; disingkatkan kepada A.S. atau AS) ialah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara. Ia sebuah republik berperlembagaan persekutuan terdiri daripada 50 negeri, sebuah daerah persekutuan, lima wilayah yang tidak diperbadankan, 326 tanah rizab Indian,[9] dan sembilan pulau kecil terpencil. Dengan keluasan hampir 3.8 juta batu persegi (9.8 juta kilometer persegi), negara ini merupakan negara keempat atau ketiga terbesar di dunia. Negara ini berfungsi sempadan darat dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan serta sempadan maritim dengan Bahamas, Cuba, Rusia dan banyak lagi. Dengan populasi lebih ramai daripada 331 juta orang, ia adalah negara ketiga paling ramai penduduk di dunia. Ibu negara Amerika Syarikat ialah Washington, D.C., dan bandar yang paling padat sekaligus menjadi pusat kewangannya adalah Bandar Raya New York.

Orang asli yang berasal dari Asia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukan kaum pribumi ini banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orang Eropah. Entiti yang mendahului Amerika Syarikat moden ditubuhkan oleh 13 jajahan British yang terletak di sepanjang hadap laut Atlantik. Pada 4 Julai 1776, para penduduk jajahan ini mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkan Empayar British dalam Revolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya.[10] Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuah republik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa. Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.

Pada abad ke-19, Amerika Syarikat memperoleh tanah dari Perancis, Sepanyol, United Kingdom, dan Rusia. Perselisihan antara negeri-negeri Selatan berasas tani dan Utara berasas industri mengenai hak-hak negeri serta peluasan mencetuskan Perang Saudara Amerika pada 1860-an. Kemenangan pihak Utara mengelakkan perpecahan negara yang berkekalan serta menjadi penyumbang larangan perhambaan di Amerika Syarikat. Menjelang 1870-an, ekonomi negara menjadi yang terbesar di dunia.[11] Perang Sepanyol–Amerika Syarikat dan Perang Dunia Pertama memantapkan taraf negara ini sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani. Ekoran Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjadi dan sebuah anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas berakhirnya, tinggal Amerika Syarikat sahaja sebagai Negara terbesar. Negara ini memenuhi 40% perbelanjaan ketenteraan sedunia di samping menjadi sebuah kuasa ekonomi, politik dan kebudayaan di dunia.[12]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pew
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ARIS
  3. ^ "Population estimates, July 1, 2017, (V2017)". U.S. Census Bureau.
  4. ^ "Annual Estimates of the Resident Population: April 1, 2010 to July 1, 2016". U.S. Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-14. Dicapai pada July 25, 2017. The 2016 estimate is as of July 1, 2016. The 2010 census is as of April 1, 2010.
  5. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2018 – Report for Selected Countries and Subjects". International Monetary Fund (IMF). Dicapai pada April 1, 2018.
  6. ^ "OECD Income Distribution Database: Gini, poverty, income, Methods and Concepts". Organisation for Economic Co-operation and Development. Dicapai pada September 29, 2017.
  7. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Mac 22, 2017. Dicapai pada Mac 23, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ILW
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  10. ^ Dull, Jonathan R. (2003). "Diplomacy of the Revolution, to 1783," p. 352, chap. in A Companion to the American Revolution, ed. Jack P. Greene and J. R. Pole. Maiden, Mass.: Blackwell, pp. 352–361. ISBN 1-4051-1674-9.
  11. ^ Maddison, Angus (2006). "Historical Statistics for the World Economy". The Groningen Growth and Development Centre, Economics Department of the University of Groningen. Dicapai pada 2008-11-06.
  12. ^ Cohen, Eliot A. (Julai/Ogos 2004). "History and the Hyperpower". Foreign Affairs. Dicapai pada 2006-07-14. Check date values in: |date= (bantuan) "Country Profile: United States of America". BBC News. 2008-04-22. Dicapai pada 2008-05-18.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search