Holodomor

Korban dari Holodomor di sebuah jalan di Kharkov (kini Kharkiv), 1932.
Korban kelaparan di jalan-jalan bandar Kharkov, 1933.

Holodomor (dalam bahasa Ukraine: Голодомор) ialah peristiwa tragedi kebuluran dan kematian beramai-ramai pada 1932-1933 di Ukraine. Hampir 7 juta mati kebuluran akibat kecuaian Kesatuan Soviet yang mengamalkan dasar Josef Stalin yang ingin momodenkan Kesatuan Soviet dengan cara apa sahaja sekalipun termasuklah kekerasan. Seramai 25,000 penduduk kampung meninggal dunia setiap hari atau pada kadar 1,000 orang sejam atau 17 orang seminit. Purata jangka hayat penduduk Ukraine pada 1933 ialah 7.3 tahun bagi lelaki dan 10.9 tahun bagi wanita, manakala dalam kalangan kanak-kanak, satu daripada setiap tiga orang, meninggal dunia.

Peristiwa ini ada kalanya dibandingan oleh puak nasionalis Ukraine dengan peristiwa Holokus yang dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap kaum Yahudi di Jerman.


Sehingga kini, isu Holodomor masih didebatkan dan dibincang sama ada Holodomor itu genosid atau tidak oleh sejarahwan dan pakar.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search