Kafalah

Kafalah (Arab: الكفالة, rumi: kafālah, lit.'penajaan', 'jaminan; tanggungan';[1] nama penuh: نظام الكفالةniẓām al-kafāla "sistem penajaan", bahasa Inggeris: kafala atau kefala) merupakan suatu sistem pengendalian buruh migran yang terlibat dalam sektor-sektor pembinaan sekitar rantau Syam dan Teluk Parsi iaitu Bahrain, Kuwait, Lubnan, Qatar, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.[2][3] Sistem ini mewajibkan semua tenaga buruh tidak berkemahiran yang ingin memasuki negara-negara ini mendapatkan suatu pihak penaja dari negara asal yang bertanggungjawab memegang visa mereka.

Pelaksanaan ini dikritik penggiat hak asasi manusia yang melihat sistem ini membenarkan para majikan mengambil kesempatan mengeksploitasi pekerja dari segi pelayanan dan pengekangan pasport tanpa sebarang tindakan keras diambil.[4][5]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 315. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ "'As If I Am Not Human' — Abuses against Asian Domestic Workers in Saudi Arabia (pdf)" (PDF). Human Rights Watch. 8 Julai 2008. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 Julai 2012. Dicapai pada 23 Julai 2012.
  3. ^ Khan, Azfar; Harroff-Tavel, Hélène (2011). "Reforming the Kafala: Challenges and Opportunities in Moving Forward". Asian and Pacific Migration Journal. 20 (3–4): 293–313.
  4. ^ Harmassi, Mohammed (6 May 2009). "Bahrain to end 'slavery' system". BBC News.
  5. ^ Montague, James (1 May 2013). "Desert heat: World Cup hosts Qatar face scrutiny over 'slavery' accusations". CNN.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search