Jjigae

Jjigae
Dubu jjigae (Stu tauhu Korea)
JenisStu
Tempat asalKorea
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging, makanan laut atau sayuran; sup rebusan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jjigae
Hangul찌개
Perumian Semakanjjigae
McCune–Reischauertchigae

Jjigae (sebutan bahasa Korea: [tɕ͈iɡɛ]) adalah hidangan Korea serupa dengan stu Barat. Terdapat pelbagai jenis tetapi ia biasanya dibuat dengan daging, makanan laut atau sayuran dalam sup yang diperasakan dengan gochujang, doenjang, ganjang atau saeujeot.[1] Jjigae biasanya dihidangkan bersama hidangan lain pada suhu yang panas.

Makanan Korea selalunya termasuk sama ada jjigae atau guk. Ketika zaman Joseon, ia mempunyai nama yang lebih tua iaitu jochi dan dua jenis tersebut akan sentiasa hadir untuk surasang Raja.[2]

Pelbagai jenis jjigae biasanya dinamakan mengikut bahan-bahan utama seperti saengseon jjigae (생선찌개) yang dibuat daripada ikan atau dubu jjigae (두부찌개) diperbuat daripada tauhu, atau mengikut sup dan perisa mereka seperti gochujang jjigae (고추장찌개) atau doenjang jjigae (된장찌개).

  1. ^ (Korea) Jjigae at Doosan Encyclopedia
  2. ^ (Korea) Jjigae Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Nate Encyclopedia

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search